BEKAM LINTAH
“Proses bekam sebenarnya berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah। Di zaman Nabi Muhammad dikatakan habbatus saudak (bijirin hitam hasil dari sejenis tumbuh-tumbuhan) yang boleh mengubati semua penyakit, adalah berfungsi seperti tersebut. Kalau di Malaysia, tongkat ali. Bila darah berjalan lancar berbagai penyakit boleh dihindari. Diabetes berlaku hasil peningkatan gula yang tinggi dalam darah, menyebabkan perjalanan darah tersumbat. ‘Mati pucuk’ penyakit yang ditakuti oleh lelaki (juga perempuan) berlaku hasil dari tersumbatnya perjalanan darah yang memberi kesan pada anggota seks. Begitu juga penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.”
Hari ini, lintah digunakan untuk perbagai rawatan. Para saintis mengkaji kandungan air liur lintah. Mereka percaya enzim didalam air liur lintah boleh menghentikan atau mencegah darah dari menjadi beku dapat membantu mereka untuk rawatan pada manusia.Penyelidik juga telah mengenalpasti beberapa bahan perubatan yang boleh dihasilkan dari air liur lintah. Kandungan
anticoagulant hirudin membuatkan ianya berupaya menghasilkan sejenis ubat untuk rawatan wabak
cardiovascular seperti serangan jantung dan juga strokes
Kaedah rawatan ini terbukti kesannya, kerana dipercayai lebih 100 jenis enzim akan dilepaskan melalui air liur ketika sekor lintah menghisap darah pada badan manusia. Salah satunya dikenali sebagai
anticoagulant Hirudin (bertindak sebagai unsur untuk melancarkan perjalanan darah).
Apa pun lintah masih penghisap darah. Para doctor sekarang cuba mengubah menjadikan lintah pembantu dalam memulihkan perjalanan darah untuk percantuman tisu dan peryambungan jari dan sebagainya. Contoh: Di sebuah hospital di Amerika, penggunaan lintah telah menyelamatkan telinga seorang budak berumur 5 tahun yang telah digigit oleh seekor anjing. Lintah boleh mengeluarkan pendarahan beku dalaman bagi membenarkan pengaliran darah secara sempurna untuk kembali ke tisu, ianya menghalang proses pereputan tisu berlaku.
Terapi Lintah digunakan untuk merawat:
1. glaucoma
2. myasthenia
3. inflammatory reactions
4. heart diseases
5. rheumatic diseases
6. tendovaginitis and tendonitis
7. venous disease and varicose veins
8. arthrosis
9. arthritis
10. muscle tension
11. trombosis and embolism
12. passive congestions and spastic conditions
13. vertebrogenic pain syndromes
14. transudates and exudates
15. antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses
Kelebihan Terapi Lintah
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)
Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
· menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
· kesan anti-inflamasi yang amat cepat
· kesan anti stress dan adaptonege
· kesan immunostimulating dan immunomodulating
· anesthesia
· anti pembekuan
· kesan anti bacteria
· membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh
Mempunyai bebarapa jenis enzim yang istemewa yang tidak terkandung didalam
haiwan yang lain di dunia. Antara enzim itu:-
Ø Hirudin
Ø Himatin
Ø KologenMilinase
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh.
Membantu menghilangkan pening dan migrain
Membantu menajamkan penglihatan.
Melancarkan pengedaran darah dalam badan.
Penyakit Yg Boleh Dibekam Lintah ...
Resdung
Stress
Gout
Darah Tinggi
Kencing Manis
Sakit Lutut/Sendi
Bengkak Anggota Badan
Senggugut
Kebas Kebas Anggota Badan
Sakit Belikat
Sakit Betis
Sakit Lutut
Bengkak
Bisul
Migrain
Jerawat
Darah Beku
Lagi Mengenai Lintah
MUKHADIMAH
Hari ini ramai orang bercakap tentang ternakan lintah. Malah adadalam kalangan mereka bukan sahaja setakat bercakap tetapi mengusahakannya sehingga memperolehi pendapatan yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah.Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berkedut, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai dan di manja-manja. Sejak ribuan tahun dahulu, lintah telah banyak digunakan dalam bidang perubatan,terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah.Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah antikoagulan yang sangat berkesan menahan darah dari membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur darah.
Info lintah
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia yang berleluasa di dalam negara kita,manakala di sawah padi pula penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus. Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah rm1.50/ekor bagi induk lintah. Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30hingga 40 kg belut. Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi ia perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan kekesih nya. Ada pakar berpendapat lintah adalah binatang dwijantina yang mana jantinanya akan berubah-ubah mengikut umur dan saiz. Apabila berjantina lelaki, lintah menjadi liar dan galak.Sebaliknya apabila bertukar jantina betina lintah akan mula betindak pasif dan bertelur setelah mengawan.
Makanan lintah yang utama adalah darah. Samada darah kerbau, lembu,kura-kura, ikan darat, belut dan juga manusia. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
Tempoh masa daripada telur kepada benih lintah adalah 2 hingga 3 minggu,mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang boleh beranak. Kematangan lintah tidak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Lintah akan mencapai umur menopause (tamat pembiakan) iaitu dalam2 hingga 3 tahun. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk.Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Habitat lintah yang paling sesuai untuk bertelur adalah kurang gangguan, Sikit makan, Kualiti air pH 7 ke atas, Oksigen4 mmg, Suhu biasa, dan cahaya yang gelap.
Hukum Lintah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus (ruj. Al-Dumairiy, Hayat al-Hayawan74)Melalui laman al-ahkam.net pula, Hukum lintah (leech family): samada najis atau suci tidak dapat dipastikan dan ia tertakluk kepada kaedah fiqh yg masyhur: al-Asyl fii al-asy-ya al-ibahah (hukum asal bagi segala sesuatu yg diciptakan adalah harus). Al-Imam Syed Ridha dalamtafsir al-Manar ketika mentafsir ayat al-Baqarah: 29 (Dialah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu) berkata, harus mengambil manfaat dari segala ciptaan Allah untuk dijadikan bahan makanan,minuman, pakaian, kenderaan, perhiasan dan juga PERUBATAN. (Tafsiral-Manar (1/247), juga kata al-Amir alSyun’ani, “sebenarnya asal segala sesuatu adalah suci dan pengharamannya tidak semestinya ia najis.”(subulus Salam, 1/49). Kata Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyahalharani alsalafi, “asal segala sesuatu di muka bumi dgn kepelbagaian jenis dan sifat adalah suci dan halal secara mutlak, tidak diharamkan kepada manusia memakai, mengguna atau menyentuhnya.” [Majmu’ Fatawa21/535)
Tambahan pulak lintah walapun tidak pernah dijadikan makanan manusia, tapi sudah sekian lama digunakan dalam perubatan, terutama diBarat sebagai terapi pembuangan darah dan toksin dari pesakit dengan menggunakan lintah hidup. Maka lintah telah terbukti mempunyai nilai perubatan di sisi manusia. Maka jika terbukti lintah mempunyai nilai perubatan, boleh diternak dan dimanfaatkan dan ia adalah halal.
Namun, tidak dapat dielakkan, menjual lintah hidup2 adalah berkait dengan hukum najas (mengikut mazhab syafie). Jika memandang kpd kenajisannya, maka berjual beli dengannya adalah haram. Tetapi jika menurut mazhab Hanafi, dengan memandang kepada manfaatnya, maka harusia dijual beli.
Ada juga pendapat mengatakan hukum menjual lintah hidup sama seperti menjual ular sawa, katak dan biawak kepada orang yang tahu memanfaatkannya. namun jika diketahui tujuannya adalah untuk dimakan,maka tidak harus menjualnya kepada orang Islam, kerana memakannya adalah haram. Mengikut kaedah apa yang membawa kepada haram adalah haram.Jika digunakan untuk tujuan yang harus seperti perhiasan, ubat sapu dll maka haruslah dijual dengan syarat ia hendaklah memaklumkan hukum kenajisan haiwan itu, supaya ia dapat berlepas diri daripada sebarang akibat yang tidak baik di kemudian hari.. Ya, hukumnya kekal harus selagi tidak menimbulkan mudarat kepada penggunanya. Jika ia boleh mendatangkan kesan mudarat, maka berubahlah hukumnya menjadi haram.Tetapi jika mudarat itu hanya menimpa seseorang tertentu, dan tidak kepada orang yang lain. Maka yang haram hanya ke atas orang yangterkena mudarat sahaja.