FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH
Bekam darah atau Al-Hijamah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu rawatan untuk bekam pula, pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, rawtaan bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam.Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.Kebaikan Berbekam Membantu menghilangkan pening dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Membantu meringankan tubuh.
Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas. Berbekam juga membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang serta banyak lagi.
DALIL TENTANG RAWATAN BEKAM
أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل“
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim dalam sesetengah tariq Hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.
Hadith-hadith lain dia (Anas) berkata:
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).
Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku, wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).
Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW "kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari
LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM
Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,berpuasa,perempuan datang haid,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Dalil-dalil tuntutan berbekam
1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari
MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH
1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
MANFAAT RAWATAN BEKAM ANGIN
1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
3) Mengubati nephritis.
4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
6) Untuk mengatasi masuk angin.
7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM
Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka akan menyembuhkan semua penyakit " Hadis Abu Hurairah
Namun apabila kerana suatu keperluan pengubatan yang mendesak dan dengan cara ini digunakan,bila saja waktunya dilakukan,maka ia tetap bermanfaat,meskipun diawal bulan mahupun akhir bulan.
Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak,yang boleh menyebabkan badan mati separuh,maka berbekam ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas.Wallahuaklam...
Waktu yang dilarang keras untuk rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit kusta dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala.Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.
Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan
WAKTU YANG DIGALAKKAN BERBEKAM DARAH
1) 13,15 atau 17hb hijriah pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul dalam badan.
2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
3) Berbekam pada sebelah pagi.
INDIVIDU YANG DILARANG BERBEKAM DARAH
1) Wanita hamil 3 bulan pertama.
2) Pesakit kulit yang serius.
3) Pesakit darah rendah yang serius.
4) Orang tua yang terlalu uzur.
BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...
Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"
Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.
Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.
Ke Atas
Fakta Bekam Lintah
BEKAM LINTAH
“Proses bekam sebenarnya berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah। Di zaman Nabi Muhammad dikatakan habbatus saudak (bijirin hitam hasil dari sejenis tumbuh-tumbuhan) yang boleh mengubati semua penyakit, adalah berfungsi seperti tersebut. Kalau di Malaysia, tongkat ali. Bila darah berjalan lancar berbagai penyakit boleh dihindari. Diabetes berlaku hasil peningkatan gula yang tinggi dalam darah, menyebabkan perjalanan darah tersumbat. ‘Mati pucuk’ penyakit yang ditakuti oleh lelaki (juga perempuan) berlaku hasil dari tersumbatnya perjalanan darah yang memberi kesan pada anggota seks. Begitu juga penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.”Hari ini, lintah digunakan untuk perbagai rawatan. Para saintis mengkaji kandungan air liur lintah. Mereka percaya enzim didalam air liur lintah boleh menghentikan atau mencegah darah dari menjadi beku dapat membantu mereka untuk rawatan pada manusia.Penyelidik juga telah mengenalpasti beberapa bahan perubatan yang boleh dihasilkan dari air liur lintah. Kandungan anticoagulant hirudin membuatkan ianya berupaya menghasilkan sejenis ubat untuk rawatan wabak cardiovascular seperti serangan jantung dan juga strokesKaedah rawatan ini terbukti kesannya, kerana dipercayai lebih 100 jenis enzim akan dilepaskan melalui air liur ketika sekor lintah menghisap darah pada badan manusia. Salah satunya dikenali sebagai anticoagulant Hirudin (bertindak sebagai unsur untuk melancarkan perjalanan darah).Apa pun lintah masih penghisap darah. Para doctor sekarang cuba mengubah menjadikan lintah pembantu dalam memulihkan perjalanan darah untuk percantuman tisu dan peryambungan jari dan sebagainya. Contoh: Di sebuah hospital di Amerika, penggunaan lintah telah menyelamatkan telinga seorang budak berumur 5 tahun yang telah digigit oleh seekor anjing. Lintah boleh mengeluarkan pendarahan beku dalaman bagi membenarkan pengaliran darah secara sempurna untuk kembali ke tisu, ianya menghalang proses pereputan tisu berlaku.Terapi Lintah digunakan untuk merawat:1. glaucoma2. myasthenia3. inflammatory reactions4. heart diseases5. rheumatic diseases6. tendovaginitis and tendonitis7. venous disease and varicose veins8. arthrosis9. arthritis10. muscle tension11. trombosis and embolism12. passive congestions and spastic conditions13. vertebrogenic pain syndromes14. transudates and exudates15. antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnessesKelebihan Terapi LintahKelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:· menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari· kesan anti-inflamasi yang amat cepat· kesan anti stress dan adaptonege· kesan immunostimulating dan immunomodulating· anesthesia· anti pembekuan· kesan anti bacteria· membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruhMempunyai bebarapa jenis enzim yang istemewa yang tidak terkandung didalam
haiwan yang lain di dunia. Antara enzim itu:-Ø HirudinØ HimatinØ KologenMilinaseMembantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh.
Membantu menghilangkan pening dan migrain
Membantu menajamkan penglihatan.
Melancarkan pengedaran darah dalam badan.
Penyakit Yg Boleh Dibekam Lintah ...
Resdung
Stress
Gout
Darah Tinggi
Kencing Manis
Sakit Lutut/Sendi
Bengkak Anggota Badan
Senggugut
Kebas Kebas Anggota Badan
Sakit Belikat
Sakit Betis
Sakit Lutut
Bengkak
Bisul
Migrain
Jerawat
Darah BekuLagi Mengenai LintahMUKHADIMAH
Hari ini ramai orang bercakap tentang ternakan lintah. Malah adadalam kalangan mereka bukan sahaja setakat bercakap tetapi mengusahakannya sehingga memperolehi pendapatan yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah.Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berkedut, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai dan di manja-manja. Sejak ribuan tahun dahulu, lintah telah banyak digunakan dalam bidang perubatan,terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah.Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah antikoagulan yang sangat berkesan menahan darah dari membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur darah.
Info lintah
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia yang berleluasa di dalam negara kita,manakala di sawah padi pula penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus. Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah rm1.50/ekor bagi induk lintah. Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30hingga 40 kg belut. Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi ia perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan kekesih nya. Ada pakar berpendapat lintah adalah binatang dwijantina yang mana jantinanya akan berubah-ubah mengikut umur dan saiz. Apabila berjantina lelaki, lintah menjadi liar dan galak.Sebaliknya apabila bertukar jantina betina lintah akan mula betindak pasif dan bertelur setelah mengawan.
Makanan lintah yang utama adalah darah. Samada darah kerbau, lembu,kura-kura, ikan darat, belut dan juga manusia. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
Tempoh masa daripada telur kepada benih lintah adalah 2 hingga 3 minggu,mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang boleh beranak. Kematangan lintah tidak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Lintah akan mencapai umur menopause (tamat pembiakan) iaitu dalam2 hingga 3 tahun. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk.Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Habitat lintah yang paling sesuai untuk bertelur adalah kurang gangguan, Sikit makan, Kualiti air pH 7 ke atas, Oksigen4 mmg, Suhu biasa, dan cahaya yang gelap.Hukum Lintah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus (ruj. Al-Dumairiy, Hayat al-Hayawan74)Melalui laman al-ahkam.net pula, Hukum lintah (leech family): samada najis atau suci tidak dapat dipastikan dan ia tertakluk kepada kaedah fiqh yg masyhur: al-Asyl fii al-asy-ya al-ibahah (hukum asal bagi segala sesuatu yg diciptakan adalah harus). Al-Imam Syed Ridha dalamtafsir al-Manar ketika mentafsir ayat al-Baqarah: 29 (Dialah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu) berkata, harus mengambil manfaat dari segala ciptaan Allah untuk dijadikan bahan makanan,minuman, pakaian, kenderaan, perhiasan dan juga PERUBATAN. (Tafsiral-Manar (1/247), juga kata al-Amir alSyun’ani, “sebenarnya asal segala sesuatu adalah suci dan pengharamannya tidak semestinya ia najis.”(subulus Salam, 1/49). Kata Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyahalharani alsalafi, “asal segala sesuatu di muka bumi dgn kepelbagaian jenis dan sifat adalah suci dan halal secara mutlak, tidak diharamkan kepada manusia memakai, mengguna atau menyentuhnya.” [Majmu’ Fatawa21/535)
Tambahan pulak lintah walapun tidak pernah dijadikan makanan manusia, tapi sudah sekian lama digunakan dalam perubatan, terutama diBarat sebagai terapi pembuangan darah dan toksin dari pesakit dengan menggunakan lintah hidup. Maka lintah telah terbukti mempunyai nilai perubatan di sisi manusia. Maka jika terbukti lintah mempunyai nilai perubatan, boleh diternak dan dimanfaatkan dan ia adalah halal.
Namun, tidak dapat dielakkan, menjual lintah hidup2 adalah berkait dengan hukum najas (mengikut mazhab syafie). Jika memandang kpd kenajisannya, maka berjual beli dengannya adalah haram. Tetapi jika menurut mazhab Hanafi, dengan memandang kepada manfaatnya, maka harusia dijual beli.
Ada juga pendapat mengatakan hukum menjual lintah hidup sama seperti menjual ular sawa, katak dan biawak kepada orang yang tahu memanfaatkannya. namun jika diketahui tujuannya adalah untuk dimakan,maka tidak harus menjualnya kepada orang Islam, kerana memakannya adalah haram. Mengikut kaedah apa yang membawa kepada haram adalah haram.Jika digunakan untuk tujuan yang harus seperti perhiasan, ubat sapu dll maka haruslah dijual dengan syarat ia hendaklah memaklumkan hukum kenajisan haiwan itu, supaya ia dapat berlepas diri daripada sebarang akibat yang tidak baik di kemudian hari.. Ya, hukumnya kekal harus selagi tidak menimbulkan mudarat kepada penggunanya. Jika ia boleh mendatangkan kesan mudarat, maka berubahlah hukumnya menjadi haram.Tetapi jika mudarat itu hanya menimpa seseorang tertentu, dan tidak kepada orang yang lain. Maka yang haram hanya ke atas orang yangterkena mudarat sahaja.
No comments:
Post a Comment